Selamat datang ke kedai dalam talian kami Kohilal2u.com. Terma & Syarat yang dinyatakan di bawah ini dipakai oleh pelawat dan pengguna Kohilal2u.com. Anda terikat dengan Terma & Syarat selagi anda berada di laman web kami www.kohilal2u.com.

PENAFIAN DAN SYARAT PENGGUNAAN

Penafian dan Syarat Penggunaan berikut adalah terguna pakai kepada semua kepenggunaan atau transaksi di laman web Kohilal2u.com. Dengan ini juga difahami bahawa setiap orang yang menggunakan apa-apa perkhidmatan di laman web ini telah dimaklumkan dengan Penafian dan Syarat Penggunaan’ sebelum melakukannya dan, dengan demikian, harus mengikuti syarat-syarat sebagaimana yang ditunjukkan di bawah. Dengan mengunjungi halaman ini dan / atau menggunakan salah satu produk dan / atau perkhidmatan di halaman ini, anda bersetuju dengan syarat-syarat penggunaan berikut. Jika anda tidak bersetuju dengan syarat-syarat penggunaan berikut ini, sila tinggalkan halaman ini.

Laman web ini bertindak sebagai pengedar maklumat sahaja (BUKAN sebagai penerbit maklumat) dan pemilik laman web ini tidak bertanggungjawab atas maklumat atau kandungan yang diposting di laman web. Anda menyatakan bersetuju bahawa sebarang penggunaan atau aktiviti adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri. Pihak Kohilal2u.com menafi semua jaminan jenis apapun, baik jaminan tersirat yang boleh diperjualbelikan, kesesuaian untuk tujuan tertentu, dan kesalahan. Perkhidmatan kami diberikan kepada anda “sebagaimana adanya” dan Kohilal2u.com tidak menjamin bahawa sebarang maklumat akan tepat waktu, selamat, bebas kesalahan, atau memenuhi keperluan anda, Kohilal2u.com juga tidak membuat sebarang jaminan atas ketepatan atau kebolehpercayaan dari setiap maklumat yang diperolehi melalui laman web ini. Tidak ada pihak yang bertanggung jawab kepada pihak lain atau pihak-ketiga untuk tuntutan pihak ketiga atau kerugian yang bersifat apapun, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kehilangan keuntungan, menghukum atau atas sebab kerosakan. Pihak Kohilal2u.com berhak untuk memadam sebarang maklumat yang disiarkan dengan alasan apapun.

KOMEN DAN MAKLUMBALAS

Kohilal2u.com berhak untuk memadam kandungan yang dihantar dalam halaman web ini pada bila-bila masa dengan alasan apapun. Pihak kami akan membuat keputusan mengenai apakah kandungan yang melanggar Terma atas dasar setelah pihak kami menyedari tentangnya. Kami melayan ahli percuma dan ahli premium (jika ada) sama adil apabila berhadapan dengan kesalahan terma dan syarat ini. Tanpa menghadkan hak kami untuk menghapuskan kandungan, kami telah cuba untuk memberikan panduan bagi anda yang ingin membuat posting di laman web ini. Apabila menggunakan perkhidmatan laman web ini, anda dilarang membuat posting bahan yang:

  1. Mengandungi kata-kata kesat, kasar, lucah, perkauman atau kata-kata atau ekspresi kebencian, gelaran yang tidak baik, imej atau ilustrasi yang tidak baik, serangan keradangan yang bersifat peribadi, bangsa atau agama.
  2. Mempunyai pautan ke halaman web yang bersifat lucah atau yang mengganggu sensitiviti sesuatu kaum atau agama.
  3. Bersifat memfitnah, mengancam, meremehkan, terlalu jahat, palsu, menyesatkan, tidak tepat, tidak adil, mengandungi kekasaran berlebihan, melanggar hak privasi dari pihak ketiga, yang berbahaya yang tidak munasabah atau menyinggung setiap individu atau komuniti.
  4. Diskriminasi atas dasar bangsa, agama, asal negara, jantina, umur, status perkahwinan, orientasi seksual atau cacat, atau merujuk pada hal-hal tersebut dengan cara apapun dilarang oleh undang-undang.
  5. Melanggar atau mendorong untuk melanggar undang-undang persekutuan atau antarabangsa, undang-undang atau ordinan, atau pihak berkuasa.

KANDUNGAN

Segala maklumat yang ditemui di laman web ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan TIDAK dimaksudkan sebagai nasihat perubatan, undang-undang, atau profesional. Anda mesti menilai, dan menanggung risiko yang berkaitan dengan ketepatan, kegunaan atau maklumat yang lengkap dari isi kandungannya. Kohilal2u.com tidak bertanggungjawab atas semua isi kandungan laman web. Kohilal2u.com tidak menyaring atau memantau isi kandungan sebagai suatu polisi, tetapi Kohilal2u.com berhak, tetapi tidak bertanggungjawab, untuk menghapuskan kandungan yang dianggap berbahaya dari segi polisinya, menyinggung, atau melanggar Penafian dan Syarat Penggunaan atau mana-mana peraturan yang Kohilal2u.com ada pada masa itu. Kohilal2u.com boleh memilih pada polisinya sendiri untuk memantau beberapa, semua, atau bukan bidang kuasa untuk pematuhan Syarat atau Peraturan.

MAKLUMAT PRODUK

Kami tidak dapat menjamin semua produk sebenar akan menjadi betul-betul menunjukkan sama pada monitor kerana itu adalah bergantung kepada monitor pengguna.

BERITA

Pengguna hendaklah bersetuju bahawa Kohilal2u.com boleh menghantar surat berita mengenai berita terkini / produk / promosi dan lain-lain melalui e-mel kepada pengguna.

HARTA INTELEK

Anda bersetuju bahawa anda tidak akan memuat-naik atau menghantar kandungan ke laman web ini yang melanggar hak paten, tanda dagangan, rahsia perdagangan, hak cipta atau lain-lain hak (“Hak”) dari mana-mana pihak. Dengan menghantar kandungan kepada laman web ini anda secara automatik membenarkan atau menjamin bahawa pemilik kandungan tersebut telah secara tegas telah memberikan hak kepada Kohilal2u.com bebas-royalti secara terus-menerus, tidak dapat dibatalkan, hak non-eksklusif dan lesen untuk menggunakan, mengeluarkan semula, menyesuaikan, menerbitkan, menterjemahkan, membuat karya dari, mengedar, melaksanakan dan memaparkan Kandungan tersebut (secara keseluruhan atau sebahagian) di seluruh dunia dan / atau untuk memasukkan dalam karya-karya lain dalam bentuk apapun, media, atau teknologi yang dikenali pada masa ini atau teknologi akan datang untuk setiap Peraturan yang mungkin ada dalam Kandungan tersebut.

MAKLUMAT KETIDAKTEPATAN

Dari masa ke semasa, mungkin ada maklumat mengenai  Kohilal2u.com yang mengandungi kesilapan tipografi, ketidaktepatan, tertinggal yang boleh dikaitkan dengan penerangan produk, harga, ketersediaan dan kandungan artikel. Kami memelihara hak untuk membetulkan apa-apa kesilapan, ketidaktepatan, menukar atau mengubah maklumat tanpa notis terlebih dahulu kepada pelanggan. Jika anda tidak berpuas hati dengan produk yang dibeli, sila kembalikannya kepada kami dengan invois. Sila lihat “Polisi Pengembalian & Pembayaran Balik“.

PENAMATAN CAPAIAN

Perjanjian ini adalah berkuatkuasa melainkan jika dan sehingga sama ada oleh pelanggan atau Kohilal2u.com. Pelanggan boleh menamatkan perjanjian ini pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, Kohilal2u.com juga boleh menamatkan perjanjian dengan pelanggan tanpa sebarang notis terlebih dahulu dan akan menafikan akses pelanggan yang tidak dapat mematuhi syarat-syarat di atas.

MODIFIKASI TERMA

Kohilal2u.com berhak untuk menukar polisi ini pada bila-bila masa sahaja dan tanpa notis terlebih dahulu, berkuatkuasa serta-merta. Anda bertanggungjawab untuk secara terus-menerus dari masa ke semasa untuk meninjau Penafian dan Syarat Penggunaan ini. Penggunaan laman web Kohilal2u.com selepas perubahan terma dilakukan merupakan persetujuan anda terhadap perubahan tersebut. Kohilal2u.com tidak perlu dan tidak akan menganggap ianya satu kewajipan untuk memberitahu anda tentang sebarang perubahan yang terdapat pada Penafian dan Syarat Penggunaan ini.

Top