Kohilal telah menjalinkan satu kerjasama dengan Harakah bagi membolehkan semua ahli Kohilal menikmati akses kepada produk digital Harakah.

Kad Istiqamah adalah satu program ganjaran yang membolehkan pelanggan Harakah mengumpul serta menebus mata ganjaran. Ianya boleh digunakan apabila membeli / melanggan produk digital Harakah dan juga item-item di kedai / gerai jualan myHarakah Bazaar dan juga myharakahbazaar.com.

Kad Istiqamah bukanlah kad kredit, kad debit, kad caj atau kad diskaun. Kad Istiqamah pelbagai fungsi ini terdiri daripada 3+1 kategori, iaitu Kad Istiqamah Silver untuk melayakkan mereka kumpul mata ganjaran bagi setiap pembelian (mesti ditop up minima sebulan untuk akses kepada produk digital yang terhad, Harakah ePaper sahaja bagi menggantikan konsep jualan Harakah ePaper sebelum ini).

Harakah juga menawarkan Kad Istiqamah Gold (untuk tempoh 2 tahun) dan Kad Istiqamah Platinum (untuk tempoh 5 tahun) bagi ahli yang hendak derma RM10 kepada PAS dan juga diberikan manfaat khairat kematian (RM500 kepada pemegang kad dalam tempoh sah) disamping mendapat akses kepada produk-produk digital Harakah seperti ePaper, eBook, Galeri Multimedia dan Arkib Berita Harakahdaily.

Berapakah Bayaran Keahlian Kad Istiqamah?

Keahlian adalah PERCUMA; tetapi untuk melanggan / membeli produk-produk digital Harakah, perlu membeli salah satu kategori berikut:

Pakej / KategoriSilver 10Silver 50Silver 100Silver BizzGoldPlatinum
HargaRM10RM50RM100RM100RM200RM350
Tempoh Langganan1 Bulan 6 Bulan 1 Tahun1 Bulan 2 Tahun5 Tahun
Mata Ganjaran1050100100200350
ePaper Harakah
Arkib ePaper harakah
Arkib Harakahdaily
Galeri Harakah
eBook
Pengiklanan**
Khairat Kematian (RM500)
eDerma ***
Kelayakan Ejen Kad

* 1 bulan langganan produk digital
** 1 bulan iklan teks Harakahdaily
*** RM10 akan diinfakkan kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Soalan-Soalan Lazim