MAJLIS PERASMIAN RANGKAIAN ‘ KOHILAL MART JITRA ‘

koperasiBerita TerkiniLeave a Comment

JITRA 21 Februari 2020 (Jumaat) : Koperasi Al-Hilal Malaysia Berhad (KOHILAL) melangkah setapak lagi apabila berjaya membuka rangkaian KOHILAL Mart yang pertama di Jitra, Kedah.

Majlis perasmian pembukaan yang dihadiri lebih 100 orang itu, telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tokai, YB Dato' Dr Mohd Hayati Othman.

KOHILAL Mart Jitra (KMJ) beroperasi di No.2, Rumah Kedai, Taman Suria 2, menyediakan lebih 31 produk KOHILAL serta produk Muslim yang lain bagi keperluan masyarakat setempat.

Menurut wakil KMJ, Dr Haji Luqman Musa, mereka merasa terpanggil untuk bersama-sama menyahut seruan "Buy Muslim First" (BMF) serta hasrat untuk menaikkan kembali produk KOHILAL.

Turut memberi ucapan Pengerusi KOHILAL, Haji Mustafa Salleh menceritakan sejarah serta hasrat tinggi untuk melihat produk KOHILAL kembali ke pasaran domestik.

Dengan sokongan UMMAH serta ABATA yang bergerak bersama-sama telah memacu jualan KOHILAL daripada RM1.5 juta kepada RM6.5 juta dalam tempoh empat bulan.

Perkembangan ini tambahnya, berlaku selepas kempen BMF dilaksanakan.

"Sehingga kini KOHILAL terus berusaha untuk meningkatkan pengeluaran dengan membangunkan kilang taraf halal ke tahap lebih baik," tegasnya.

Pengerusi UMMAH, Haji Mohd Zai Mustafa, pula berkata, pelancaran kali kedua Kempen BMF bersama KOHILAL dan ABATA pada 23 Julai 2019 lalu benar- benar memberi impak positif kepada produk Muslim termasuklah produk keluaran KOHILAL.

"UMMAH sentiasa menyokong dengan membuat promosi serta kempen BMF secara berterusan," ujarnya.

Turut hadir adalah ahli KOHILAL serta penduduk setempat.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *