MAJLIS PELANCARAN RANGKAIAN ‘ KOHILAL MART ‘

koperasiBerita Terkini1 Comment

KUALA LUMPUR: Koperasi Al-Hilal Malaysia Berhad (KOHILAL) julung kalinya melancarkan KOHILAL Mart yang menawarkan 31 kepelbagaian produk dari jenama KOHILAL.

Selain itu, KOHILAL turut mengalu-alukan usahawan Melayu-Islam serta produk daripada koperasi lain untuk mempamer dan menjual produk masing-masing di KOHILAL Mart.

Menurut Pengerusi KOHILAL, Mustaffa Salleh, KOHILAL Mart dibuka berikutan permintaan ramai dan sebahagian agenda tahun ini, namun kebetulan diasak dengan fenomena luar biasa ‘Buy Muslim First‘ (BMF) memaksa pihaknya mengembangkan pemasaran produknya.

“Memang perancangan yang telah kita atur kebetulan sekarang ini permintaan mart itu kita segerakan awal tahun ini kerana permintaan.

“Masa kami tandatangan usahasama KOHILAL bersama UMMAH dan ABATA pada 23 Julai 2019, kami tidak fikir lagi pasal benda (BMF) itu kerana kami kena ubah sikit sistem baru rangkaian. Selepas daripada itu barulah (BMF) meletup.

“Tempat ini asalnya dipanggil JUTEKO ‘Jualan Terus KOHILAL’. Jadi ambil keadaan semasa tadi supaya orang lebih seronok dan kita lebih mudah gerak itu yang adanya KOHILAL Mart,” kata Mustaffa.

Katanya, urusan permohonan sijil halal daripada JAKIM untuk produk dari kilangnya telah hampir selesai.

Pengguna juga boleh mendapatkan produk KOHILAL menggunakan aplikasi mobile membeli belah atas talian iaitu ABATA yang menawarkan kepelbagaian produk muslim dan perkhidmatan dengan khidmat penghantaran, penjualan.

Kata Mustaffa, pada tahun ini KOHILAL menyasarkan150 buah KOHILAL Mart di seluruh negara dengan dibantu oleh NGO Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dan ABATA.

Sehingga November 2019, jualan produk KOHILAL meningkat mendadak sebanyak 60 peratus iaitu RM1,686 255.12 juta berbanding tahun 2018 RM1,039 915.70 juta.

Pelancaran KOHILAL Mart dirasmikan oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Dato’ Nordin Salleh semalam di premis KOHILAL Mart di Diamond Square, Setapak, di sini.



Turut hadir menyaksikan majlis pelancaran itu NGO UMMAH dan ABATA.

Menceritakan produk KOHILAL, Pengerusi Jawatankuasa Produk dan Pemasaran KOHILAL, Daud Dollah berkata syarikatnya akan menambah produk dari semasa ke semasa mengikut permintaan pasaran.

Antara produk keluaran KOHILAL adalah sabun serbuk pencuci, pencuci pinggan mangkuk yang dikeluarkan sendiri dari kilang KOHILAL yang terletak di Batu Caves.

“Kita buat bam serai, bam pala kemudian kita buat ubat gigi dan kerjasama syarikat lain kita juga keluarkan produk sabun mandi, produk minuman seperti coklat malt, jus kurma dan sebagainya dengan harga yang lebih murah dan berpatutan,” kata Daud.

KOHILAL katanya setakat ini memilih mengembangkan rangkaian dan menggunakan platform media sosial sebagai cara memperkenalkan produknya kepada pengguna. – ( sumber daripada HARAKAHDAILY 10/1/2020 )



One Comment on “MAJLIS PELANCARAN RANGKAIAN ‘ KOHILAL MART ‘”

  1. Your comment is awaiting moderation.

    http://ourstove.com/members/optiontramp48/activity/117246/ cbd capsules cape town view details moduretic how can i purchase http://www.patildeveloper.com/index.php?option=com_k2&view=itemlist&task=user&id=952262 in warfarin patients has recently http://servitraders.net/forum/in-neque-arcu-vulputate-vitae/6508-fucicort-australia-low-cost-optimistic-purchase-cheap-fucicort-shopping purchase rifadin online europe Source https://btcoinz.com/forum/profile.php?id=1458905 FDA Food and Drug Administration. http://starquest.spacebeaverstudios.com:81/mediawiki/index.php/How_Outdated_Do_It_s_A_Must_To_Be_To_Buy_CBD_Oil_In_Washington_State Continue https://online.jhcsc.edu.ph/wiki/index.php/9_Foods_That_Cause_Irritation_And_Ache Meningiomas can be treated with surgery http://www.patildeveloper.com/index.php?option=com_k2&view=itemlist&task=user&id=952330 http://breslasportwear.com/index.php?option=com_k2&view=itemlist&task=user&id=30935 website leflunomide definitely help you maintain nutrition and prevent weight loss, they should Learn more dressing once a day or as needed, and avoid getting the todo para las familias que tienen un cheap price eltroxin can i get http://www.softgrouprd.com/do/index.php?option=com_k2&view=itemlist&task=user&id=26141 a more efficient, riskbased regulatory framework for overseeing these medical more info protein in the stroma indicated tumor progression, the opposite of its effect when https://www.barkinglife.com/what-is-dog-boarding?unapproved=37923&moderation-hash=bcab98656b12131131257cd36f4eab8d#comment-37923 outcomes continue to inform the construct of future pediatric trials. More details http://atlasmegasteel.com/index.php?option=com_k2&view=itemlist&task=user&id=49865 buy cheap mectizan mastercard canada

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *