Majlis Pengawasan Syariah KOHILAL
Majlis Pengawasan Syariah KOHILAL (MPSK) bertanggungjawab bagi mengawal selia perjalaan operasi perniagaan KOHILAL supaya sentiasa mematuhi piawaian dan mengikut kehendak syarak.
Anggota MPSk Bagi Sesi 2019 - 2023

Ust. Ahmad Arif Arshad
Pengerusi

Ust. Salahudin Abu Samah
Jawatankuasa

Ust. Abdullah Hanif Hassan
Jawatankuasa

Haji Md Shukor Bin Aziz
Setiausaha

Hj. Daud Dullah
Ex-Oficio

Muhamad Zulhilmi Bin Zakari
Pegawai Syariah / Eksekutif HALAL
GP28: GARIS PANDUAN TADBIR URUS SYARIAH
Garis panduan ini dikeluarkan di bawah seksyen 86B Akta Koperasi 1993 (Akta) untuk mengawal selia koperasi yang menjalankan perniagaan atau aktiviti berlandaskan Syariah yang merangkumi:
- pembentukan jawatankuasa Syariah; dan
- tadbir urus Syariah koperasi
Tugas & Tanggungjawab Majlis Jawatankuasa Syariah Ditetapkan oleh SKM
- Tanggungjawab dan Akauntabiliti
Tanggungjawab dan Akauntabiliti Jawatankuasa Syariah dalam melaksanakan tugasnya hendaklah bertanggungjawab terhadap semua keputusan dan pandangan Syariah yang disediakan oleh mereka.
- Menasihati Lembaga dan Koperasi
Jawatankuasa Syariah hendaklah menasihati Lembaga dan memberi input kepada koperasi mengenai perkara Syariah supaya koperasi mematuhi prinsip Syariah pada setiap masa.
- Memperakukan Dasar dan Prosedur Syariah
Jawatankuasa Syariah hendaklah memperakukan dasar dan prosedur Syariah yang disediakan oleh koperasi dan memastikan kandungannya tidak mempunyai sebarang unsur yang tidak selaras dengan Syariah.
- Memperaku dan Mengesahkan Dokumen Berkaitan
Untuk memastikan produk koperasi mematuhi prinsip Syariah, jawatankuasa Syariah hendaklah memperaku dan mengesahkan:
-
- terma dan syarat terkandung dalam borang, kontrak, perjanjian atau dokumentasi perundangan lain yang digunakan dalam pelaksanaan urusniaga; dan
- manual produk, iklan pemasaran, ilustrasi jualan dan risalah yang digunakan untuk menerangkan produk.
- Membantu Pihak Berkaitan Mengenai HalEhwal Syariah
Pihak yang berkaitan dengan koperasi seperti peguam, juruaudit atau perunding boleh mendapatkan khidmat nasihat mengenai perkara berkaitan Syariah daripada jawatankuasa Syariah.
- Nasihat Mengenai Perkara untuk Dirujuk kepada Suruhanjaya
Jawatankuasa Syariah boleh menasihati koperasi untuk berunding dengan Suruhanjaya mengenai perkara Syariah yang tidak dapat diselesaikan. Suruhanjaya akan membawa perkara tersebut kepada mana-mana badan berkuasa tertinggi berkaitan untuk mendapatkan penjelasan dan keputusan yang muktamad, sekiranya perlu.
- Menyediakan Pendapat Syariah Bertulis
Jawatankuasa Syariah hendaklah menyediakan pendapat Syariah secara bertulis dalam keadaan di mana koperasi merujuk kepada Suruhanjaya untuk perbincangan selanjutnya bersama mana-mana badan berkuasa tertinggi, atau di mana terdapat persoalan berkenaan produk koperasi oleh Suruhanjaya.